[Warning: Tulisan ini SANGAT panjang. Baca kalau rajin dan rasa
bermanfaat. Kalau. Kalau tak, tak perlu. Jemput buat kerja/benda lain
yang lebih bermanfaat.]
"Sind Sie Muslim? // Awak Muslim?"
Tanya seorang perempuan Jerman yang aku kirakan umurnya sekitar 40/50an
di hentian stesen Eggensteiner Str. lewat tengah hari Khamis baru-baru
ini.
"Ja. // Ya." Jawabku ringkas. Tertanya-tanya juga mengapa dia tiba-tiba bertanya.
"Wann ist die Fastenzeit zum Ende? // Bila masa berpuasa tamat?"
Dan perbualan kami pun bermula.
Ikuti perbualan ini dengan lebih lanjut dalam terjemahan bahasa
Malaysia. Malas tulis Jerman kena tambah fikir struktur ayat dan
semestinya tatabahasa yang susah tu. Untuk perhatian, oleh sebab banyak
juga perkara yang kami bualkan, boleh jadi perbualan ini ada sedikit
unsur tokok tambah juga kronologinya barangkali tidak tepat. Namun diri
ini cuba menulis sehabis baik berbekalkan memori yang harapnya masih
segar dalam ingatan.
Saya: Oh. 16hb hari terakhir.
Dia: 16 ye. Lepas tu empat hari celebration kan?
Saya: Aah. Ye. 17hb tu Aidilfitri. Perayaan kami. (Aku pun tak tahu
kenapa dia kata 4 hari, tapi aku takde nak tanya balik satgi susah nak
explain)
Dia: Oh. Ok ok.
Dia pun berlalu. Aku pun sambung
duduk sendiri. Dia cuma nak tanya tu je la kot. Mana tau dia ada
kawan-kawan Muslim ke nak plan buat makan-makan ke jadi kena la take
note. *Pandai-pandai je aku reka cerita sendiri.
Dia: Awak puasa ke?
Saya: Ya. Saya puasa. (Oh tak habis lagi pertanyaan rupanya.)
Dia: Oh ok. Saja saya tanya. Sebab saya tahu bukan semua Muslim puasa.
Saya: Em hmm. (Sekadar mengiyakan kenyataannya acuh tak acuh.)
Dia: Awak dari mana?
Saya: Malaysia.
Dia: Jerman awak bagus.
Saya: Haha. Dah 2 tahun lebih saya dah kat sini. Lagipun bidang saya
belajar ni memang full dalam Jerman. Faham mungkin boleh dah, cakap
gitu-gitu boleh la. Tapi tatabahasa saya teruk. (Dah biasa dengar orang
cakap macam tu. Well, let's just say it's their basic courtesy to make
that remark bila bercakap dengan foreigners yang mampu bertutur dalam
bahasa mereka.)
Dia: Belajar apa?
Saya: Wirtschaftsingenieurwesen.//Business Administration and Engineering.
Dia: Awak boleh belajar dari buku yang ajar berbahasa Jerman dengan betul. Akan membantu awak belajar.
Saya: Oh. Takpe. Saya rasa bidang saya ni tak de perlu sangat. Sekadar
jawab je soalan dan kalau faham, oklah. Dan lagipun lepas belajar, saya
akan balik semula ke Malaysia. Tak menetap di sini. (Aku memang tak suka
Tatabahasa Jerman, dan selalu je ambil peluang untuk express
ketidaksukaan aku ni. Apa motif tak tau. Mengada-ngada kot.)
Dia: Lepas ni apa plan awak? Kahwin, dapat anak?
Saya: (Aih. Lain macam je soalan. Tiba-tiba pulak tu. Nada macam ofensif.) Em hmm. (Aku pun tak tahu apa nak jawab.)
Dia: Lepas awak kahwin, apa yang awak belajar ni, takde guna dah la kan?
Saya: Kenapa pula? Dengan pendidikan yang baik, kalau saya kahwin dan
ada anak sekalipun, itu maknanya saya boleh didik mereka dengan lebih
baik. Apa masalah dia? (Jawab aku. Agak defensif. Dan ada juga selitan
nada tidak puas hati dengan kenyataan sebegitu.)
Dia: Di negara awak, perempuan boleh pilih pasangan sendiri atau keluarga yang pilihkan?
Saya: (Soalan lain pulak dah.) Hmm. Kalau dulu2 biasanya ibu bapa la
pilihkan. Sekarang ni biasanya perempuan la yang pilih sendiri.
Dia: Hmm. Baguslah macam tu. Itu maknanya wanita dah diemansipasilah.
Saya: Emansipasi? Saya tak suka terma tu.
Dia: Kenapa pula? Itu maksudnya kebebasan.
Saya: Apa maksud kebebasan sebenarnya? Wie frei ist frei?//Sejauh manakah bebasnya bebas itu?
Dia: Kebebasan adalah semudah, contohnya seorang lelaki, membawa teman
wanitanya ke bandar, ke kafe, dan minum kopi bersama-sama. Itu
kebebesan.
(Aku agak terdiam sebentar mendengar kenyataan ni. Tak menjawab spontan seperti menjawab soalan-soalan tadi.)
Saya: Pada pendapat saya, awak tak boleh buat sesuatu hanya kerana awak
mahu, dan mampu. Seandainya di dalam Quran tertulis tak boleh, bagi
kami maknanya tak bolehlah. Bukan semata ikut kemahuan diri.
Dia:
Dalam Quran tak tulis macam tu. Dalam Quran tak ada pun tulis suruh
pakai Kopftuch/tudung. Dalam Quran cuma tulis untuk ikut apa
lelaki/suami cakap. (Tak pasti dia merujuk kepada lelaki atau suami
sebab perkataan jermannya sama, Man.)
Saya: (Amboi. Tudia
statement.) Eh. Apa pula. Dalam Quran ada tertulis memang perempuan kena
pakai pakaian yang menutup sampai ke bawah dada. (Sambil tangan
menunjuk ke bahagian badan yang dimaksudkan untuk memperjelaskan.)
Dia: Hmm. Awak ok lagi. (Sambil dia lihat pakaian aku. Atas bawah
mungkin. Dia pakai spek hitam jadi tak tahulah.) Tapi saya biasa nampak
perempuan yang pakai tudung, tapi pakaian kemain ketat dan seksi.
(Sambil bahasa badannya menunjuk gaya yang dimaksudkan)
Saya: (Man. Spot on betul.) Itu saya tahu. Dan saya pun tak setuju.
Dia: Saya tahu pasal ni, sebab saya pernah ke Turki dulu. Dan memang ada kawan-kawan Turki. Sebab tu saya tahu banyak perkara.
Saya: (Mengangguk faham.)
Dia: Bulan puasa begini, kamu mesti baca Quran kan?
Saya: Dia tak lah mesti. Dan di bulan puasa sahaja. Biasanya baca je
hari-hari. Boleh je. Cuma bulan puasa ni digalakkan baca lebih.
Kemudian perbualan kami berterusan seputar pertanyaannya tentang baca
Quran beramai-ramai(tilawah la kot yang di rujuk), aku ada kawan2 muslim
tak di sini. Dan aku berkongi sedikit pengalaman aku, dan apa plan ilmu
yang aku mahu baru pulang dari Jerman ke Malaysia. Agak poyo la jugak
bila aku petik nama-nama ahli falsafah. Ada juga petik Heidegger dan
Spengler. Sumpah poyo. Tapi aku rasa aku tercakap sebab mungkin sejak
dua menjak ni memang itu yang occupy fikiran aku.
Dia: Oh. Tram dah sampai. Oklah. Saya ucapkan selamat untuk awak.
Saya: Terima kasih. Ucapan yang sama juga untuk awak.
*************************************************************************
15 random minutes. At a random time. With a random person. At a-not-so
random place. (Sebab stesen ni memang stesen dekat rumah aku untuk naik
tram ke Uni.)
With so many random unexpected topics at a very
short time, sort of 'killer' questions (well maybe not to you but they
certainly are to me) as well, but I do think the knowledge needed to
answer them is not that random at all.
Dari topik tarikh
Ramadhan yang mudah, ke perbualan konsep emansipasi wanita dan persoalan
kebebasan. Kemudian persoalan yang menjurus ke hubungan sosial
masyarakat. Hinggalah ke hukum dan nilai hijab. Di mana kesemuanya aku
fikir, perlukan ilmu yang berbeza-beza untuk dijawab baik. Tarikh
mudahlah rujuklah kalendar. Tentang ayat Quran tentang hijab, kalau
pernah terbaca, mudahlah untuk ingat dan yakin autoritinya. Bab
emansipasi wanita itu pula aku rasa susah untuk dijawab sebab entah
kenapa aku kurang bacaan. Sekadar mengingat-ingat pembacaan artikel
ringkas juga perbahasan yang selalu juga berlaku selama kelas Bahasa
Jerman di INTEC dahulu bersama Frau Maria. Adalah juga sikit-sikit
butiran isu feminisme yang aku baca dari buku. Soal kebebasan itu pula,
aku sendiri sedar kenapa aku agak terdiam dalam memproses kenyataan dan
memikir rangka jawapan. Baru-baru ini aku sudah terbiasa membaca dan
mengikuti perbahasan konsep itu dari sudut pandang falsafah yang agak
rumit, dan bilamana konsep itu diujar dengan kata mudah dan contoh yang
sedemikian simple, aku jadi buntu sendiri. Ah. Masalah. Bila fikiran
sudah perasan complicated, kadang-kadang (atau selalu), jawapan/contoh
yang mudah dan jelas di depan mata, jadi kabur pada pandangan sendiri.
Aku juga perasan bilamana respon aku terhadap penggunaan terma, contoh
terma 'emansipasi wanita' juga perkataan 'mesti' dari perbualan di atas,
aku yang hari ini selagi mana boleh, sentiasa berusaha untuk
berhati-hati dengan terma. Dan berusaha mendefinisi sesuatu sejak awal.
Takut-takut nanti buang masa berbalah tentang 2 perkara yang berbeza.
Sesuatu yang aku semestinya berterima kasih kepada Prof. subjek VWL,
Prof. Schmidt, Neil Postman, penulis buku kritik sosial yang terkenal
juga Shaykh Hamza Yusuf yang di mana melalui perbicaraan mereka tanpa
mengira apa-apa topik, sentiasa teliti dalam mendefinisikan terma yang
digunakan. Namun, adakah patut untuk perbualan bahasa 'layman', perkara
ini turut dipraktikkan? Saya masih memikirkannya.
Kemudian, agak
jelas beberapa ilmu yang saya kurang atau hampir tidak ada akannya.
Ilmu retorik, psikologi, dan ilmu bahasa. Di Uni ada tawaran seminar
Retorik. Aku perlu berusaha untuk hadir semester akan datang. Ilmu ini
mengajar cara untuk respon terhadap sesuatu kenyataan dengan baik. Di
samping mengajar bagaimana menjawab soalan, juga dengan soalan. Sesuatu
yang aku susah untuk lakukan sekarang ini. Kalau tak silap, dalam bahasa
Arab, istilahnya adalah Balaghah. Kalau tak salah. Kalau salah mohon
betulkan. Ilmu psikologi, aku tahu penting. Tapi aku risau bila aku dah
tahu, aku akan cenderung untuk 'membaca' orang. Aku tak suka orang
'baca' aku. Jadi aku tidak mahu lakukan begitu pada orang lain. Tapi
penting. Hmm. Kemudian ilmu bahasa. Barangkali yang paling kritikal
dalam perbualan di atas, adalah masih masalah kekurangupayaan aku
berbahasa dalam bahasa Jerman dengan baik. Sangat perlu diperbaiki. Aku
kena buang masalah aku bencikan tatabahasa ni. Suka ke tak suka tu
masalah kau. Benda ni penting woi. Dan juga semestinya lenggok dan
pemilihan bahasa. Perlu belajar pemilihan kata pada waktu dan ketika
yang sesuai. Kerana pelbagai contoh boleh diambil bilamana sususan kata
dan penggunaan kata yang salah boleh memberi dua kesan yang jauh
berbeza.
Semua ini, aku dapat hanya dari perbualan sesingkat masa 15 minit.
Teringat kata Prof. Murzin semester lalu;
"Nehmen Sie alles mit. Sie wissen nicht was Sie in der Zukunft brauchen."
"Ambil semua benda(merujuk kepada ilmu). Kalian tidak tahu apa yang kalian perlukan pada masa hadapan."
Jelas. Ada ilmu yang dah diperoleh sudah boleh dipraktikkan direct
dalam hidup. Namun masih banyak lagi yang belum diperoleh. Kerana kita
tidak tahu apa yang kita perlukan sebagai bekal dalam kehidupan. Muslim
itu optimis sifatnya. Namun seoptimisnya dia, masih mustahil meletak
diri menjadi konformis. Buktinya? Seoptimisnya dia dan percayanya dia
pada hari akhirat, masih tiada yakin sama ada syurgakah atau nerakakah
tempat dirinya di penguhujung hari nanti. Sesuatu yang cukup pasti
berlaku pun kita tidak pasti, sepasti manakah pula kita tentang
kehidupan pada masa hadapan saki-baki hidup di dunia ini?
Tuhan, apa agaknya lagi yang Kau mahu ajarkan dan beri aku sedar?
Ilmu Tuhan itu sentiasa harmoni. Daripada dan dari mana, pasti akhirnya akan menjurus ke Dia juga. Bukan?
Rabbi zidni 'ilma.
Panjangnya tulisan ini.
Sudahlah Isnin mula peperiksaan.
Tapi, andai aku tak tulis sekarang, nanti memorinya akan hilang. Ibrahnya juga bakal sedikit yang tinggal dalam ingatan.
Certainly worth my time writing this.
ps: Doakan kami di sini yang bakal menduduki peperiksaan ya. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment