Tuesday, 24 November 2015

Ulasan Ringkas Buku: Amusing Ourselves to Death - Neil Postman -

Entri tulisan di laman Buku Jalanan Jerman.




Sekitar setahun yang lalu, buku Amusing Ourselves to Death karya Neil Postman telah berjaya tamat dibaca oleh penulis. Buku yang sarat dengan pelbagai maklumat baru. Ataupun maklumat lama beserta dengan perspektif yang baru. Buku pertama karya Neil Postman yang dibaca oleh penulis. Yang mengenyangkan minda dan banyak meninggalkan kesan terhadap diri penulis hingga kini berkenaan hal ehwal teknologi, media massa dan lambakan informasi di era digital hari ini.


Persoalan yang berkali-kali wujud di kotak fikiran penulis sepanjang bacaan buku ini adalah:

Neutralkah teknologi?

Kesimpulan awal yang dapat diputuskan, lebih cenderung kepada tidak.

Di dalam buku ini, Neil Postman memulakan dengan persoalan epistemologi. Kemudian perbandingan typograph dan telegraph. Disusuli dengan analisa beliau bilamana media hari ini berfokus kepada permainan 'peek-a-boo' di mana berita-berita pada saban hari dan waktu, tenggelam timbul tanpa sebarang konsistensi. Yang menatijahkan kesan, pengguna media tidak lagi mengikuti isu secara berterusan tetapi hanya memberi perhatian hanya kepada isu baru dan terkini. Yang lama, sudah tidak punya apa makna. 

Juga yang menarik, bilamana Postman membandingkan amaran Orwellian di dalam buku bertajuk 1984, dan amaran Huxley di dalam buku Brave New World. Postman mengatakan bahawa amaran Huxley lebih tepat. Memandangkan Postman memberikan pandangan dari sudut pandang warga Amerika untuk negara Amerika, penulis boleh bersetuju. Tetapi memikirkan tanah air sendiri, pada pengamatan penulis, kedua-keduanya merefleksi Malaysia hari ini. Menyedihkan. 


Memetik kata-kata Neil Postman berkenaan perbezaan ramalan Orwellian dan Huxleyan,


What Orwell feared were those who would ban books. 
What Huxley feared was that there would be no reason to ban a book, for there would be no one who wanted to read one. 
Orwell feared those who would deprive us of information.
Huxley feared those who would give us so much that we would be reduced to passivity and egoism.

Orwell feared that the truth would be concealed from us.
Huxley feared the truth would be drowned in a sea of irrelevance.

Orwell feared we would become a captive culture.
Huxley feared we would become a trivial culture, preoccupied with some equivalent of the feelies, the orgy porgy, and the centrifugal bumblepuppy.

In short, Orwell feared that what we hate will ruin us.
Huxley feared that what we love will ruin us.
Komik strip berkenaan petikan di atas boleh dibaca di sini.



Dan, Neil Postman turut mengetengahkan bagaimana hiburan digunakan dalam penyampaian agama. Sesuatu yang dikesalkan bilamana matlamat bukan lagi demi agama, namun demi hiburan. Yang penulis sendiri boleh lihat senarionya berlaku di Malaysia. Filem cinta islamik, program realiti tv islamik, produk islamik, dan lain-lain. Yang tujuannya kelihatan jauh dari niat asal mahu mendekatkan diri insan kepada Tuhan, tapi semata-mata mengeksploitasi tarikan yang ada untuk keuntungan dalam bentuk wang ringgit.

Buku ini, ditulis 30 tahun yang lalu. Namun, isinya bilamana dibaca, sangat relevan hingga ke hari ini. Penulisnya pula sudah meninggal dunia. Membaca buku ini, buatkan penulis terfikir, alangkah bagusnya andai beliau masih ada. Pastinya analisa yang jauh lebih kritikal dapat beliau hasilkan melihatkan perkembangan teknologi hari ini. Dengan telefon pintar, tablet, internet, media sosial masa kini, pasti lebih banyak buah pandang dari beliau yang boleh dimanfaatkan. 

Lalu penulis fikir, bukankah Neil Postman sudah melangsaikan amanahnya, pada zamannya. Bukankah pada zaman ini, tanggungjawab itu, sudah tergalas di bahu kau? Dan kau, kau dan kau? Penulis di zaman lalu, menulis supaya boleh dirujuk orang di zamannya dan di masa depan. Bukankah kau juga, seharusnya memikul tugas yang sama?

Hembus nafas panjang. 
Masih banyak perkara yang perlu belajar.

Bidang Kejuruteraan Yang Tidak Mencukupi

[Tulisan di FB bertarikh 22 November 2015]

  

Mempelajari bidang kejuruteraan yang serba kompleks dengan segala macam formula matematik, sistem dan proses yang pelbagai, kenalpasti jenis-jenis bahan mentah, tambah pula perlu juga sedikit-sebanyak menguasai bahasa programming seperti Java, C++ dll, di kuliah, dalam kelas tutorial dan membuat latihan sendiri, jarang-jarang sekali pelajar dibawa atau membawa diri untuk mencari makna mendalam di sebalik bidang yang sedang diceburi.

Apakah makna 'techniques'?

Apakah sejarah programming?

Siapakah Haber?

Apakah kesan teknologi terhadap ekonomi dan sosial?

Sejak bila manusia mula menggunakan jam mekanikal? Apakah pula kesannya kepada peradaban manusia?

Persoalan-persoalan ini jarang-jarang sekali disentuh semasa kuliah. Kalaupun ada, hanyalah di permulaan kuliah semasa awal semester. Itupun cepat-cepat saja Profesor terangkan di kelas sekali lalu. Memandangkan para pelajar tidak pula menunjuk minat. Yalah, bukan masuk periksa pun.

Namun, bilamana segolongan manusia yang akhirnya bakal menjadi figur penting dalam menyelesaikan serba masalah berbentuk teknikal yang timbul dalam dunia moden ini, bila dirinya tidak memahami secara mendalam sebab-akibat sesuatu ciptaan baru dan sesuatu inovasi, kurang memahami konsep 'man and nature', apa lagi faktor pengaruh budaya, apa agaknya yang bakal sesuatu tamadun terpaksa korbankan demi harga sebuah kemajuan?

Atas ketidakcukupan ruang ilmu yang mampu diperoleh dari kuliah atau dari keterlibatan diri dalam sesebuah syarikat, seharusnya tanggungjawab menimba ilmu ini akhirnya terpaksa digalas sendiri oleh penuntut ilmu bidang kejuruteraan. Lihat sahaja dunia hari ini. Serba moden serba maju. Namun ketidakadilan dimana-mana sahaja boleh dilihat. Keadaan alam, apa lagi. Serba tenat dengan pencemaran. Yang kebanyakannya tidak dapat dinafikan, disebabkan oleh perkembangan pesat dunia hari ini dalam bidang pembangunan dan teknologi.

Yang tinggal, adalah untuk membaca dan fahamkan sendiri.

Namun, kejuruteraan bukanlah satu bidang yang sinonim dengan aktiviti membaca. Belajar satu formula baru di kuliah, lepas tu rasa macam faham. Bila tengok soalan lain sikit, sudah keliru. Makanya jalan yang ada untuk memahirkan diri adalah dengan membuat latihan demi latihan untuk memahamkan sesuatu konsep. Kemudian beralih ke konsep baru pula. Latihan lagi. Begitulah diulang-ulang. Hingga mahir. Hingga punya keyakinan untuk menduduki peperiksaan. Makanya, cubaan untuk membaca bahan baru yang tidak nampak kaitannya terhadap bidang sendiri secara langsung ataupun kehidupan sendiri, serasa sukar masa untuk diluangkan untuk menelaah.

Atas limitasi yang ada ini, harapnya rakan-rakan sahabat mana yang lebih arif tentang perbahasan seputar teknologi dan 'post-modernism', yang biasa menggauli buku-buku yang sepertinya golongan kami ini sukar untuk faham, bantulah untuk berkongsi barang sedikit ilmu. Cumanya, usahlah label-label seperti 'Ah, orang bidang hard science memang macam ni,' atau gelaran seperti, 'pekerja yang hanya memenuhi kehendak industri dan pasaran, habis alam sekitar langsung tidak terjaga' ditujukan secara langsung ataupun tidak kepada golongan jurutera atau bakal jurutera atau bidang seumpamanya. Kerana kami juga manusia. Sedar kekurangan diri, namun bilamana dikatakan itu ini tentang bidang sendiri, tawar hati juga rasa mahu mendengar butiran ilmu yang barangkali memang wajar dipertimbangkan dalam perincian sebuah solusi masalah.

Tapi, ya. Walaupun sukar, pelajar bidang kejuruteraan juga harus tak punya alasan untuk ambil tahu lebih banyak tentang perkara yang sebenarnya sangat berkait-rapat dengan bidang sendiri namun tidak diselitkan di dalam silibus belajar.

[Gambar merupakan antara cadangan buku-buku yang barangkali boleh dimanfaatkan untuk para bakal jurutera. Antara penulis yang bagus berkenaan hal ini menurut Neil Postman adalah Lewis Mumford. Kalau dari aspek falsafah pula, mungkin boleh cuba baca tulisan Martin Heidegger. Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir pula dahulu pernah mencadangkan para penuntut bidang kejuruteraan menelaah karya Spengler(khususnya untuk pelajar di Jerman).]

*Antara semua ni, Technopoly je yang baru aku sempat baca. Death of The Soul baru baca sikit depan. Revisiting Malaysian Modernisation pun begitu juga. Sebab bab awal tu tentang Penal Code. Satu benda yang aku hampir kosong pengetahuan tentangnya. Jadi rasa susah untuk sambung baca.

**Aku biasanya membaca hanya semasa perjalanan ulang-alik dengan tram dari rumah ke Uni sehala 17 minit. Ataupun semasa perjalanan dalam tren ke bandar-bandar lain bilamana seorang diri. Atau sebelum tidur bilamana buku itu benar-benar amat occupy my mind at the moment. Nanti, masuk sahaja Disember, perlu fokus betul-betul dengan peperiksaan, perlu berhenti. Belajar sudah sangat mentally exhausting. Membaca bahan begini juga begitu. Maka satunya terpaksalah dikorbankan...

***Setiap kali mahu muatnaik gambar buku, akan rasa serba salah dengan rakan-rakan Malaysia. Kerana, buku-buku begini yang berbahasa Inggeris, sangatlah mahal. Sukar pula jumpa. Kalaupun jumpa, harga yang tertera menyiat-nyiat jiwa dan raga. Jadi kawan-kawan luar negara, jangan disiakan nikmat yang ada. Pelaburan yang bukan sekadar untuk diri, bahkan untuk kehidupan yang lebih baik untuk segenap manusia, bilamana ilmu yang sedikit demi sedikit dikutip, diaplikasi dalam penyelesaian masalah kemasyarakatan.

Religious Radicalisation Among Youths - And What We Can Do Against It [Talk di Pädagogische Hochschule Karlsruhe]

[Tulisan di FB bertarikh 18 November 2015]



Ternampak poster ini 4 November lalu. Program dibuat di University of Padagogy Karlsruhe di mana bangunannya benar-benar terletak di sebelah fakulti aku.

Masa pertama kali nampak poster ni, rasa minat nak pergi. Tapi macam malas sebab mula pun lambat jam 6 petang nanti habis lewat balik malam pulak. Rumah pulak jauh. So, malas lah.

Tapi program ni dibuat dua kali. Dan hari ini yang kedua. Berikutan kejadian baru-baru ni, rasa memang sangat perlu pergi. Dan rugi kalau tak.

And I certainly am glad I did.

Program ini bertujuan untuk polis Karlsruhe diberi ruang bercakap tentang maklumat dan pengalaman mereka dalam menangani isu muslim extremist di Jerman. Dengan harapan, pelajar-pelajar Universiti yang semuanya bakal guru nanti akan mengambil langkah sewajarnya bilamana berhadapan dengan murid yang ada kecenderungan sedemikian.

Pelbagai maklumat yang disampaikan oleh kedua-dua wakil polis antaranya tentang cara kumpulan ekstremis merekrut ahli, punca, juga maklumat-maklumat lain seperti jumlah golongan muda dari Jerman yang terlibat dengan IS. Kami juga dipertontonkan dengan video proses bagaimana 3 orang remaja dari Jerman boleh terlibat. Banyak maklumat baru yang diperoleh. Yang menyedarkan diri bahawa ini satu masalah besar dan pihak berkuasa Jerman mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk sentiasa bersikap berjaga-jaga dalam hal sebegini.

Barangkali sesi yang paling menarik adalah ketika sesi soal jawab. Juga bilamana Prof. Schröder iaitu ketua Institut Teologi Islam Universiti Pedagogi ini diberi peluang memberi buah pandang. Aku suka caranya bercakap. Beliau mulakan dengan mengatakan, pihak polis cukup jelas dalam sesi ini bilamana meletakkan satu garis yang jelas bahawa kumpulan yang dibicangkan dan difokuskan adalah Muslim ektremis. Kemudian barulah beliau perbetulkan sedikit maklumat yang tersilap berkenaan Islam contohnya nasyid adalah satu bentuk muzik Islam tanpa instrumen muzik yang digunakan untuk menzahirkan cinta kepada Tuhan dengan penuh emosi dan bukannya Kampflieder(Lagu melawan) seperti yang dinyatakan pembentang. Lirik-lirik itu betul dan memang wujud dalam tradisi Muslim cumanya konteks dan gambar-gambar yang ditayangkan dalam video langsung tidak kena. Satu salah guna oleh pemuat naik video. Kemudian katanya lagi, garis-garis yang diletakkan dalam mengenalpasti Muslim ekstremis ada yang diletakkan ciri-ciri yang sebenarnya baik bagi seorang Muslim itu praktikkan seperti bertudung contohnya. Katanya, takkanlah semua yang bertudung itu automatik ekstrem. Pencirian ini mendatangkan masalah bilamana boleh menjadi pencetus kepada Islamophobia dan perkauman sekalipun niatnya baik iaitu langkah berjaga-jaga. Jadi, perbezaan ciri ini perlu dijelaskan lagi. Butir bicara beliau jelas, dan nadanya juga tenang. Sesuatu yang aku kira sukar untuk dibuat oleh orang yang tidak biasa turut serta dalam sesi diskusi, tidak biasa berhujah, dan cenderung mendahulukan emosi berbanding rasional. (Rujuk diri sendiri)

Banyak lagi sebenarnya yang dibincangkan. Tetapi dah lewat malam ni malas pula nak menulis panjang lebar.
Tapi satu lagi yang disuarakan juga oleh Prof., katanya antara punca utama radikalisasi ini adalah kerana masalah Ungerechtigkeit (ketidakadilan) yang sangat jelas berlaku. Antara contoh yang diberi bilamana nama yang tertera dalam permohonan ke kolej berbunyi nama Turki, terus di reject. Bilamana tragedi berlaku di Beirut, Rusia, senyap pula. Katanya, media harus bertanggungjawab dalam hal ini. Media yang bersikap terlalu one-sided akan memudahkan lagi radikalisasi untuk berlaku.

Ada juga satu, dua orang pelajar dari kalangan audiens menambah. Di sini, di Barat, Eropah, dunia dilihat secara dualismus. Hitam dan putih. Barat vs Islam. Yang menjadi punca utama timbulnya rasa ketidakselesaan dalam kalangan Muslim. Sekiranya seorang Muslim, berada di US, dan berhadapan dengan stigma sebegini, apa yang dia perlu lakukan?

Dan inilah juga dia perasaan yang aku cuba sampaikan semalam. Mendengar kenyataan begini dari rakan seMuslim, juga rakan Jerman yang perasan tentang perkara ini, terasa tenang sedikit. Bilamana tahu, perasaan ini sebenarnya normal dan bukannya aku seorang sahaja rasa. Kerana ia memang berlaku dan suasana semasa membentuk perasaan ini untuk wujud.

Itulah sedikit sebanyak coretannya.

Satu lagi perkara, bersyukur sungguh dapat berkenalan dengan dua teman baru tadi. Seorang namanya Aminah seorang lagi Maria. Aku luahkan rasa minat untuk turut serta kelas yang mereka hadiri kalau-kalau boleh untuk saja-saja datang dengar. Kata mereka boleh, datang sahajalah.

InsyaAllah mula minggu depan boleh cuba pergi kelas yang tak clash dengan kelas sendiri. Akhirnya ada peluang untuk mendalami agama Islam di sini dengan lebih teratur dan konsisten. Harapnya akan dapat banyak membantu memperbaik keadaan diri. Dan memberi nilai tambah untuk ilmu yang bakal dibawa pulang ke Malaysia kelak. Antara kelas yang menarik dan boleh pergi ialah:
Einführung in die islamische Religionspädagogik (Introduction to islamic pedagogy of religion)
Einführung in die Koranwissenschaften (Introduction to the Sciences of Quran)
Rabbi zidni 'ilma.

:)

*Sebenarnya dah lama tahu pasal di Universiti tu ada fakulti Islamic Theology. Dan juga Falsafah. Tapi tu la, dulu tak ada kawan nak pergi sama. Dan yang paling penting, tahap kefahaman bahasa Jerman teruk gila. So tahap confidence memang rendah betul. Tapi sekarang, insyaAllah, bolehlah jugak. ;)

Appreciating Life in Karlsruhe

6 Oktober 2015

So many things happened in one day.

Mula dengan kelas Außenhandel yang menarik bila Prof. König berkongsi pengalaman bekerja dengan dua syarikat besar satu ketika dahulu iaitu Mannesmann dan Digital Equipment yang akhirnya pada hari ini tidak lagi wujud. Menarik bilamana Prof. menceritakan dari aspek sejarah tentang apa yang berlaku dan bagaimana Mannesmann akhirnya dibeli oleh Vodafone dan Digital Equipment pula walau pada satu ketika dahulu syarikat kedua terbesar dalam bidang IT selepas IBM tetapi akhirnya tidak dapat berdiri setanding IBM bukan atas masalah teknologi tetapi berkenaan masalah pengurusan.

Kemudian sebelah petang pula ke kelas VWL C yang hanya ditawarkan untuk pelajar jurusan International Management(aku jurusan Business Admin & Engineering) tetapi aku berjaya meminta kebenaran Prof. untuk sekadar hadir ke kelas mendengar kuliah tanpa mengambil peperiksaan. Kelasnya sangat menarik. Pertama kali mendengar perkongsian Herr Krämer semasa Akademischer Tag (Hari Akademik) yang lalu dan aku rasa terlalu banyak ilmu yang Prof. ada yang sungguh rugi andai aku tidak belajar darinya. Kelas nanti bakal dipecah dua; satu dalam bahasa Inggeris kuliah International Economics dan satu lagi kelas bahasa Jerman kuliah Wirtschaftspolitik (Economic Policy). Antara yang dikongsi oleh Prof. pada peringkat awal adalah tentang Monetary & Fiscal Policy manakala di hujung kuliah Prof. membawa para pelajar untuk mendapatkan sedikit informasi berkenaan TPPA dan TTIP yang sedang hangat diperkatakan sekarang. (TTIP adalah seperti TPPA. Namanya berbeza disebabkan kawasan berbeza. TPPA adalah perjanjian USA terutama dengan negara-negara Asia manakala TTIP pula perjanjian antara USA dan negara-negara EU).

Petang pula menerima jemputan junior Lavender untuk makan petang di rumahnya. Banyak perkara yang kami bualkan dan semestinya soal pelajaran menjadi fokus utama. Dan juga berbual tentang plan akan datang. Dan perbualan random yang lain. Biasalah kan, student. Haha. Masa nak balik ingat nak pergi visit Frau Maria alang-alang dah dekat tapi cam tiba-tiba pulak so tak jadi. Mungkin lain kalilah. Terima kasih Lavender! :D


Dan sebelah malam pula kebetulan perjalanan dari tram di hentian Eggensteinerstr. terserempak dengan jiran baru yan baru masuk baru-baru ini. Aku tahu yang dia ada memelihara kucing dan menyatakan keinginan untuk tengok. Jiranku Tasha terus sahaja mempelawa aku terus untuk datang sahaja dan tengok. Kucingnya besar, macam ala-ala baka Garfield. Tapi dia macam tak suka aku je. Mungkin tak biasa. Tasha pula ada sahaja cerita yang mahu dikongsi. Banyak yang kami bualkan walau dalam masa yang singkat. Tentang kerjanya, tentang pengalamannya mula-mula membela kucing, dan yang paling menarik apabila dia bercerita tentang kisah hidup keluarganya. Banyak perkara baru yang aku tahu dan juga untuk aku belajar. Panjang juga kisahnya. Dan dia begitu semangat hingga mengeluarkan koleksi gambar lama dari kotak simpanannya untuk bercerita tentang ahli keluarganya dengan lebih jelas kepada aku. Katanya pada aku, kalau-kalau aku bosan di rumah, datang sahajalah ke rumahnya dan main dengan kucingnya. Langsung tidak ada masalah. Dia juga ceritakan tentang minatnya berseni. Baru aku tahu lukisan-lukisan di luar rumahnya rupa-rupanya lukisan dia sendiri. Memang cantik. Mengagumkan.

Inilah dia kisah satu hari di Karlsruhe. Biasanya tidaklah sebanyak ini. Hari yang istimewa mungkin. Haha.

Appreciating life in Karlsruhe.

God, thank You.

:)

Muslim in Europe

[Tulisan di FB bertarikh 17 November 2015]

Hanover pula.

Post Paris.

Post Charlie Hebdo.

Current refugee crisis.

Your state of awareness dramatically increased when you're living in Europe as a Muslim.
That somewhat uncomfortable feeling that lingers around.

More so when you're easy to be spotted as a Muslim. *because of headscarf.

More so when you spend most of your time alone since you live alone and little opportunity to meet other Malaysians to hang out with.

More so whenever you went to bookshops, take a look at the politics shelves, and there they are, a number of books about Islam with nothing positive about Islam be it the content, the writings on the back of the book, and of course, the title itself. And with the current state of matters, I noticed that these books are normally located at eye-level position or at special display sections.

More so when you pick up a magazine at some random train station, which on the cover page of it is stated the title Islam. (*imagine sort of like a special edition of Nat Geo on a specific topic.), that is supposedly to be a somewhat an introduction to Islam. And at the beginning, there would be those 5 basic pillars of Islam and such similar stuffs. And what about at the very end? There was once, an article about oppression of women, the other was with a title: 'Islam: Glaube, Gewalt und Gefahr' = Islam: Belief, Violence and Danger. Notice what kind of a conclusion the publishers wanted the readers to make? I've observed this several times.

More so when a newspaper that you grew fond to read, which is the weekly newspaper Die Zeit, because of its great journalism, interesting and well written articles about a wide range of topics and issues. And once, quite recently, I've come across a section where two whole pages are dedicated for a section about Islam and Prophet Muhammad. I can't really understand everything but it was stated that the article was written by a man who's a son of an Imam, and while growing up, made his researches and come to a conclusion that Islam is an evil religion. There's one part that I remembered he said that the way Prophet Muhammad conducted wars and led the muslim Brotherhood was mafia-like.

And other personal experience, there was once while I was walking from my house to the train station carrying a bag containing a chess set(it was quite long and you held it like you would when you're carrying a racket bag right on your shoulder), and some guy suddenly make a joke to you saying: "Please don't shoot me," while laughing.

So, tell me what would you, if you're in my shoes, would feel?

And I too, am informed of other similar incidents experienced by other Malaysian friends.

.
.
.

Semoga Allah berikan ketenangan.

Saturday, 4 July 2015

Eggensteiner Straße: Random 15 Minutes. Approximately.

[Warning: Tulisan ini SANGAT panjang. Baca kalau rajin dan rasa bermanfaat. Kalau. Kalau tak, tak perlu. Jemput buat kerja/benda lain yang lebih bermanfaat.]

"Sind Sie Muslim? // Awak Muslim?"
Tanya seorang perempuan Jerman yang aku kirakan umurnya sekitar 40/50an di hentian stesen Eggensteiner Str. lewat tengah hari Khamis baru-baru ini.
"Ja. // Ya." Jawabku ringkas. Tertanya-tanya juga mengapa dia tiba-tiba bertanya.
"Wann ist die Fastenzeit zum Ende? // Bila masa berpuasa tamat?"

Dan perbualan kami pun bermula.

Ikuti perbualan ini dengan lebih lanjut dalam terjemahan bahasa Malaysia. Malas tulis Jerman kena tambah fikir struktur ayat dan semestinya tatabahasa yang susah tu. Untuk perhatian, oleh sebab banyak juga perkara yang kami bualkan, boleh jadi perbualan ini ada sedikit unsur tokok tambah juga kronologinya barangkali tidak tepat. Namun diri ini cuba menulis sehabis baik berbekalkan memori yang harapnya masih segar dalam ingatan.

Saya: Oh. 16hb hari terakhir.
Dia: 16 ye. Lepas tu empat hari celebration kan?
Saya: Aah. Ye. 17hb tu Aidilfitri. Perayaan kami. (Aku pun tak tahu kenapa dia kata 4 hari, tapi aku takde nak tanya balik satgi susah nak explain)
Dia: Oh. Ok ok.
Dia pun berlalu. Aku pun sambung duduk sendiri. Dia cuma nak tanya tu je la kot. Mana tau dia ada kawan-kawan Muslim ke nak plan buat makan-makan ke jadi kena la take note. *Pandai-pandai je aku reka cerita sendiri.

Dia: Awak puasa ke?
Saya: Ya. Saya puasa. (Oh tak habis lagi pertanyaan rupanya.)
Dia: Oh ok. Saja saya tanya. Sebab saya tahu bukan semua Muslim puasa.
Saya: Em hmm. (Sekadar mengiyakan kenyataannya acuh tak acuh.)
Dia: Awak dari mana?
Saya: Malaysia.
Dia: Jerman awak bagus.
Saya: Haha. Dah 2 tahun lebih saya dah kat sini. Lagipun bidang saya belajar ni memang full dalam Jerman. Faham mungkin boleh dah, cakap gitu-gitu boleh la. Tapi tatabahasa saya teruk. (Dah biasa dengar orang cakap macam tu. Well, let's just say it's their basic courtesy to make that remark bila bercakap dengan foreigners yang mampu bertutur dalam bahasa mereka.)
Dia: Belajar apa?
Saya: Wirtschaftsingenieurwesen.//Business Administration and Engineering.
Dia: Awak boleh belajar dari buku yang ajar berbahasa Jerman dengan betul. Akan membantu awak belajar.
Saya: Oh. Takpe. Saya rasa bidang saya ni tak de perlu sangat. Sekadar jawab je soalan dan kalau faham, oklah. Dan lagipun lepas belajar, saya akan balik semula ke Malaysia. Tak menetap di sini. (Aku memang tak suka Tatabahasa Jerman, dan selalu je ambil peluang untuk express ketidaksukaan aku ni. Apa motif tak tau. Mengada-ngada kot.)

Dia: Lepas ni apa plan awak? Kahwin, dapat anak?
Saya: (Aih. Lain macam je soalan. Tiba-tiba pulak tu. Nada macam ofensif.) Em hmm. (Aku pun tak tahu apa nak jawab.)
Dia: Lepas awak kahwin, apa yang awak belajar ni, takde guna dah la kan?
Saya: Kenapa pula? Dengan pendidikan yang baik, kalau saya kahwin dan ada anak sekalipun, itu maknanya saya boleh didik mereka dengan lebih baik. Apa masalah dia? (Jawab aku. Agak defensif. Dan ada juga selitan nada tidak puas hati dengan kenyataan sebegitu.)
Dia: Di negara awak, perempuan boleh pilih pasangan sendiri atau keluarga yang pilihkan?
Saya: (Soalan lain pulak dah.) Hmm. Kalau dulu2 biasanya ibu bapa la pilihkan. Sekarang ni biasanya perempuan la yang pilih sendiri.
Dia: Hmm. Baguslah macam tu. Itu maknanya wanita dah diemansipasilah.
Saya: Emansipasi? Saya tak suka terma tu.
Dia: Kenapa pula? Itu maksudnya kebebasan.
Saya: Apa maksud kebebasan sebenarnya? Wie frei ist frei?//Sejauh manakah bebasnya bebas itu?
Dia: Kebebasan adalah semudah, contohnya seorang lelaki, membawa teman wanitanya ke bandar, ke kafe, dan minum kopi bersama-sama. Itu kebebesan.

(Aku agak terdiam sebentar mendengar kenyataan ni. Tak menjawab spontan seperti menjawab soalan-soalan tadi.)

Saya: Pada pendapat saya, awak tak boleh buat sesuatu hanya kerana awak mahu, dan mampu. Seandainya di dalam Quran tertulis tak boleh, bagi kami maknanya tak bolehlah. Bukan semata ikut kemahuan diri.
Dia: Dalam Quran tak tulis macam tu. Dalam Quran tak ada pun tulis suruh pakai Kopftuch/tudung. Dalam Quran cuma tulis untuk ikut apa lelaki/suami cakap. (Tak pasti dia merujuk kepada lelaki atau suami sebab perkataan jermannya sama, Man.)
Saya: (Amboi. Tudia statement.) Eh. Apa pula. Dalam Quran ada tertulis memang perempuan kena pakai pakaian yang menutup sampai ke bawah dada. (Sambil tangan menunjuk ke bahagian badan yang dimaksudkan untuk memperjelaskan.)
Dia: Hmm. Awak ok lagi. (Sambil dia lihat pakaian aku. Atas bawah mungkin. Dia pakai spek hitam jadi tak tahulah.) Tapi saya biasa nampak perempuan yang pakai tudung, tapi pakaian kemain ketat dan seksi. (Sambil bahasa badannya menunjuk gaya yang dimaksudkan)
Saya: (Man. Spot on betul.) Itu saya tahu. Dan saya pun tak setuju.
Dia: Saya tahu pasal ni, sebab saya pernah ke Turki dulu. Dan memang ada kawan-kawan Turki. Sebab tu saya tahu banyak perkara.
Saya: (Mengangguk faham.)
Dia: Bulan puasa begini, kamu mesti baca Quran kan?
Saya: Dia tak lah mesti. Dan di bulan puasa sahaja. Biasanya baca je hari-hari. Boleh je. Cuma bulan puasa ni digalakkan baca lebih.

Kemudian perbualan kami berterusan seputar pertanyaannya tentang baca Quran beramai-ramai(tilawah la kot yang di rujuk), aku ada kawan2 muslim tak di sini. Dan aku berkongi sedikit pengalaman aku, dan apa plan ilmu yang aku mahu baru pulang dari Jerman ke Malaysia. Agak poyo la jugak bila aku petik nama-nama ahli falsafah. Ada juga petik Heidegger dan Spengler. Sumpah poyo. Tapi aku rasa aku tercakap sebab mungkin sejak dua menjak ni memang itu yang occupy fikiran aku.

Dia: Oh. Tram dah sampai. Oklah. Saya ucapkan selamat untuk awak.
Saya: Terima kasih. Ucapan yang sama juga untuk awak.

*************************************************************************

15 random minutes. At a random time. With a random person. At a-not-so random place. (Sebab stesen ni memang stesen dekat rumah aku untuk naik tram ke Uni.)

With so many random unexpected topics at a very short time, sort of 'killer' questions (well maybe not to you but they certainly are to me) as well, but I do think the knowledge needed to answer them is not that random at all.

Dari topik tarikh Ramadhan yang mudah, ke perbualan konsep emansipasi wanita dan persoalan kebebasan. Kemudian persoalan yang menjurus ke hubungan sosial masyarakat. Hinggalah ke hukum dan nilai hijab. Di mana kesemuanya aku fikir, perlukan ilmu yang berbeza-beza untuk dijawab baik. Tarikh mudahlah rujuklah kalendar. Tentang ayat Quran tentang hijab, kalau pernah terbaca, mudahlah untuk ingat dan yakin autoritinya. Bab emansipasi wanita itu pula aku rasa susah untuk dijawab sebab entah kenapa aku kurang bacaan. Sekadar mengingat-ingat pembacaan artikel ringkas juga perbahasan yang selalu juga berlaku selama kelas Bahasa Jerman di INTEC dahulu bersama Frau Maria. Adalah juga sikit-sikit butiran isu feminisme yang aku baca dari buku. Soal kebebasan itu pula, aku sendiri sedar kenapa aku agak terdiam dalam memproses kenyataan dan memikir rangka jawapan. Baru-baru ini aku sudah terbiasa membaca dan mengikuti perbahasan konsep itu dari sudut pandang falsafah yang agak rumit, dan bilamana konsep itu diujar dengan kata mudah dan contoh yang sedemikian simple, aku jadi buntu sendiri. Ah. Masalah. Bila fikiran sudah perasan complicated, kadang-kadang (atau selalu), jawapan/contoh yang mudah dan jelas di depan mata, jadi kabur pada pandangan sendiri. Aku juga perasan bilamana respon aku terhadap penggunaan terma, contoh terma 'emansipasi wanita' juga perkataan 'mesti' dari perbualan di atas, aku yang hari ini selagi mana boleh, sentiasa berusaha untuk berhati-hati dengan terma. Dan berusaha mendefinisi sesuatu sejak awal. Takut-takut nanti buang masa berbalah tentang 2 perkara yang berbeza. Sesuatu yang aku semestinya berterima kasih kepada Prof. subjek VWL, Prof. Schmidt, Neil Postman, penulis buku kritik sosial yang terkenal juga Shaykh Hamza Yusuf yang di mana melalui perbicaraan mereka tanpa mengira apa-apa topik, sentiasa teliti dalam mendefinisikan terma yang digunakan. Namun, adakah patut untuk perbualan bahasa 'layman', perkara ini turut dipraktikkan? Saya masih memikirkannya.

Kemudian, agak jelas beberapa ilmu yang saya kurang atau hampir tidak ada akannya. Ilmu retorik, psikologi, dan ilmu bahasa. Di Uni ada tawaran seminar Retorik. Aku perlu berusaha untuk hadir semester akan datang. Ilmu ini mengajar cara untuk respon terhadap sesuatu kenyataan dengan baik. Di samping mengajar bagaimana menjawab soalan, juga dengan soalan. Sesuatu yang aku susah untuk lakukan sekarang ini. Kalau tak silap, dalam bahasa Arab, istilahnya adalah Balaghah. Kalau tak salah. Kalau salah mohon betulkan. Ilmu psikologi, aku tahu penting. Tapi aku risau bila aku dah tahu, aku akan cenderung untuk 'membaca' orang. Aku tak suka orang 'baca' aku. Jadi aku tidak mahu lakukan begitu pada orang lain. Tapi penting. Hmm. Kemudian ilmu bahasa. Barangkali yang paling kritikal dalam perbualan di atas, adalah masih masalah kekurangupayaan aku berbahasa dalam bahasa Jerman dengan baik. Sangat perlu diperbaiki. Aku kena buang masalah aku bencikan tatabahasa ni. Suka ke tak suka tu masalah kau. Benda ni penting woi. Dan juga semestinya lenggok dan pemilihan bahasa. Perlu belajar pemilihan kata pada waktu dan ketika yang sesuai. Kerana pelbagai contoh boleh diambil bilamana sususan kata dan penggunaan kata yang salah boleh memberi dua kesan yang jauh berbeza.

Semua ini, aku dapat hanya dari perbualan sesingkat masa 15 minit.

Teringat kata Prof. Murzin semester lalu;

"Nehmen Sie alles mit. Sie wissen nicht was Sie in der Zukunft brauchen."
"Ambil semua benda(merujuk kepada ilmu). Kalian tidak tahu apa yang kalian perlukan pada masa hadapan."

Jelas. Ada ilmu yang dah diperoleh sudah boleh dipraktikkan direct dalam hidup. Namun masih banyak lagi yang belum diperoleh. Kerana kita tidak tahu apa yang kita perlukan sebagai bekal dalam kehidupan. Muslim itu optimis sifatnya. Namun seoptimisnya dia, masih mustahil meletak diri menjadi konformis. Buktinya? Seoptimisnya dia dan percayanya dia pada hari akhirat, masih tiada yakin sama ada syurgakah atau nerakakah tempat dirinya di penguhujung hari nanti. Sesuatu yang cukup pasti berlaku pun kita tidak pasti, sepasti manakah pula kita tentang kehidupan pada masa hadapan saki-baki hidup di dunia ini?

Tuhan, apa agaknya lagi yang Kau mahu ajarkan dan beri aku sedar?
Ilmu Tuhan itu sentiasa harmoni. Daripada dan dari mana, pasti akhirnya akan menjurus ke Dia juga. Bukan?

Rabbi zidni 'ilma.

Panjangnya tulisan ini.
Sudahlah Isnin mula peperiksaan.
Tapi, andai aku tak tulis sekarang, nanti memorinya akan hilang. Ibrahnya juga bakal sedikit yang tinggal dalam ingatan.
Certainly worth my time writing this.

ps: Doakan kami di sini yang bakal menduduki peperiksaan ya. Terima kasih.

Wednesday, 27 May 2015

Bebelan Rawak

Copy, paste, edit, print.
Copy, paste, edit, print.

Itulah kerja aku sejak dari 4.30 petang smpai jam 9.30 malam. dengan ada selang-selang berhenti untuk solat, dan sediakan makan malam. Nak kata kerja dah siap belum jugak. Ada lagi nak dicetak, tapi apakan daya, dakwat mesin cetak yang baru sahaja diberi semalam sudah hampir habis dakwatnya.

Kerja aku buat ni, cumalah sekadar nak sediakan bahan untuk booth semasa Acara Sukan Tahunan untuk para pelajar di Jerman ni. Nampak tak susah mana pun takat bukak booth, macam aku biasa lihat di kebanyakan acara-acara di Malaysia. Sekali bila buat sendiri, baru sedar boleh tahan susahnya.

Poster

Kalau dulu, zaman Intec, selalu sahaja nampak poster-poster event, terutama yang dibuat oleh kelab PSC. Tak pernah terfikir pun yang poster tu lawa ke, pembuat poster tu peruntuk berapa masa nak siapkan ke. Tak pernah. Yang penting nak tahu event tu apa, bila, kat mana, dan paling penting, menarik ke tak bagi aku.
Sekali di sini, cuba-cuba asaskan satu kelab. Nak buat event, kuliah online. Orang yang expert multimedia tak ada pulak dalam kalangan kami, jadi aku pun sukarela la try2 buat. From scratch. Bukan guna Photoshop ke apa. Takat guna Pixlr.com tu je. Tapi mak aih. Satu poster mau makan sejam ke dua jam nak siapkan. Nak fikir kontra warna lah. Susun letak perkataan lah. Saiz perkataan lah. Latar belakang sesuai ke tak ke. Dan bermacam-macam lagi benda lain. *Dia jadi lama tambah pulak aku ni spesies bajet perfectionist.

Persatuan Pelajar

Dulu masa baru-baru sampai, macam biasala excited tempat baru, budaya baru, komuniti baru. Ternanti-nanti la event pelajar di sini. Tengok kat media sosial ni, persatuan pelajar kat merata negara terutama di UK, gempak semacam. So, Jerman pun mesti la camtu jugak kan. Tapi rasa hampa. Event sangat jarang ada. Para pelajar nak berkumpul ramai-ramai susah sangat. Sampai dah duduk dekat 2 tahun lebih pun kat sini, masih ramai lagi komuniti Malaysia di Jerman yang tak sempat nak kenal.
Ada dulu masa AGM setahun lebih yang lepas. Beberapa soalan juga aku lontarkan tentang perihal persatuan semasa mesyuarat. Fikir aku, apa la yang susah sangat nak organize event apa bagai ni? Dah ada team, organisasi semua. Jalan je la.

Dan sekarang, aku sendiri dalam barisan Jawatankuasa persatuan tersebut. Baru benar-benar sedar skala masalah yang lokaliti ini sedang, senantiasa alami. Dulu cuba untuk faham. Tapi tak berapa jelas. Dan sekarang masih cuba belajar lagi akar dan punca-punca masalah yang ada yang menimbulkan sedikit kesukaran untuk acara-acara besar diadakan. Dari segi kewangan, taburan pelajar di serata Jerman, tempoh pembelajaran pelajar, manpower, birokrasi dan beberapa lagi aspek yang perlu dipertimbangkan. Macam acara yang perlu dijalankan tak lama lagi ni. Ada sahaja isu-isu yang timbul tanpa disangka di luar kawalan kami.

Tapi entah. Walaupun begitu, aku rasa, setakat kerja berpersatuan yang aku pernah terlibat setakat ini, ini yang paling aku suka. Ahli-ahli walaupun tidak lah semua, tetapa majoriti selalu sahaja responsif bila bertanya soal kerja. Dan ada juga ketua yang awal-awal sudah agihkan tugas-tugasan. Dan aku paling suka budaya mengatakan tolong dan terima kasih. Dua perkataan emas yang bila diungkap, terasa penat kerja tu apalah sangat. Jadi senang untuk bekerja. Bukan apa. Sekadar ikut pengalaman aku yang lalu, dalam persatuan lain, aku bukanlah ketua tapi serasa aku yang lagaknya seperti ketua. Bossy semacam. Sebab terpaksa. Tapi sekarang, aku cuma buat kerja aku sahaja. Sambil ingat-ingatkan kerja rakan-rakan lain. Dan tolong-tolong. Masalah-masalah yang timbul itu, biasalah. Tambah pula, semester ini belajar subjek Projekt Management di kuliah. Subjek yang intipatinya cukup praktikal untuk aku amalkan dalam kerja-kerja persatuan.

Kerajaan & Birokrasi

Ketidaktelusan pengurusan yang berskala mega seperti 1MDB tu semestinya tidak perlu dipertikai lagi. Orang tak faham ekonomi pun boleh tahu yang perkara ni masalah yang sangat membebankan negara. Tapi isu-isu lain seperti birokrasi jabatan awam, pengurusan hospital, kerja-kerja pengurusan pendatang asing, sistem pengangkutan negara, dan banyak lagi masalah-masalah lain yang apabila nampak terpampang di muka depan berita, terus menimbulkan reaksi marah dan tidak puas hati.

Persoalannya, adakah kita benar-benar tahu masalah di sebaliknya? Kalaupun tahu, barangkali kita hanya melihat satu perspektif sahaja. Bagaimana dengan perspektif-perspektif lain? Kenapa semua orang mahu bersuara(biasanya dengan penuh emosi) atas satu-satu perkara yang timbul? Mengapa tidak tunggu dahulu analisa dari pakar atau orang yang berkenaan? Banyaknya pandangan yang wujud semacam mewujudkan satu keserabutan bilamana setiap orang merasakan pandangannya betul. Paling logik dan masuk akal. Habis sahaja isu, pandangan-pandangan itu buat apa? Mana pula cost-benefit analysis yang dilakukan dari kesemua pandangan itu untuk muwujudkan satu solusi. Mana? Atau fokus kini beralih ke satu isu yang lebih baru dan hangat? Ini bukan perkara baru yang kerap berlaku dalam masyarakat kita.

Saya bukanlah mahu mempertahan mana-mana pihak. Cuma sekadar menimbulkan persoalan, di mana hak mengkritik bilamana persoalan dan punca utama masalah tidak pula kita teliti dengan mendalam. Orang luar, jauh dan lain cara pandang dari orang dalam. Apatah lagi apabila tidak langsung mengkaji. Terus mahu bersuara. Yang penyumbang utamanya tanpa disangkal berpunca dari budaya impulsif yang ditimbulkan oleh penggunaan media sosial hari ini.

Sudah jauh ke mana pula menerawang tulisan saya ini.
Cuma, kesemua ini, mahu saya kaitkan dengan satu kata-kata oleh Ustaz Hasrizal:

"Membaca sejarah, banyak menimbulkan rasa rindu. Antara yang paling dirindu ialah pemuda-pemuda yang gigih, bijak dan sopan, serta orang tua yang mendidik dan penyayang."
Dalam konteks negara, dalam mahu membaiki sistem, anak muda perlulah bekerja keras, cerdas fikiran memikir solusi kepada masalah, dan berakhlak dalam menimba ilmu. Barulah orang tak merasa jelek dengan perangai kita. Orang tua, merujuk kepada golongan dewasa pula, perlulah bersabar, mendidik anak muda dengan penuh hikmah. Dan tunjukkan kepada orang muda, generasi muda benar-benar aset yang penting kepada negara, yang bukan saban waktu mereka menjadi sasaran celaan golongan dewasa.

Dalam konteks persatuan pelajar pula, orang muda adalah para junior manakala orang tua para senior.

Dalam memperbaik sistem dan melancarkan pengurusan,
Hubungan simbiosis ini penting sekali untuk wujud.

Wednesday, 15 April 2015

Movietalk - To Kill A Mockingbird -

“You never really understand a person until you consider things from his point of view. Until you climb inside of his skin and walk around in it.”

Thursday, 9 April 2015

MovieTalk - Malcolm X -



Seandainya filem pada Mac lalu, To Kill a Mockingbird membawa aku untuk cuba memahami konflik warga kulit hitam di Amerika Syarikat yang tidak pernah aku mahu ambil tahu secara mendalam, tayangan filem Malcolm X semalam pula banyak membawa aku untuk merenung kembali peristiwa sejarah yang aku kirakan penting buat renungan seorang muslim itu sendiri.

Jujur nama Malcolm X memang biasa aku dengari, tetapi mahu membaca tentangnya dengan lebih mendalam tidak pernah pula aku cuba lakukan walau niatnya sudah lama ada. Filem terbitan tahun 1992 ini diadaptasi dari buku Autobiografi Malcolm X yang ditulis oleh Alex Haley. Menurut pandangan moderator kami semalam, Judith, setakat pembacaan separuh buku itu oleh beliau, filem ini dibuat dengan sebegitu baik jika dibandingkan dengan isi buku.

[spoiler alert bermula untuk sesiapa yang mahu menonton filem ini terlebih dahulu]

Secara ringkas, filem ini membawa penonton untuk menelusuri hidup Malcolm semasa zaman remajanya sekitar 20 an, yang terjebak dengan pelbagai masalah sosial juga jenayah. Perubahan Malcolm, hanya mula berlaku bilamana dia dipenjarakan dan di situ dia menerima dakwah Islam. Beliau rajin membaca buku sepanjang di penjara. Kemudian sebaik keluar, beliau aktif memperjuangkan Islam, spesifik untuk warga kulit hitam dengan penglibatannya dalam The Nation of Islam. Perjuangan Malcolm jelas mahu mengangkat martabat kaum kulit hitam supaya keadilan benar-benar dapat dicapai. Namun sifat separatisme Malcolm yang hanya mahu memperjuangkan kaum kulit hitam, menimbulkan ketegangan. Kata-katanya di media kadang berbunyi kasar bilamana merujuk kepada orang kulit putih, yang jelas dapat dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Malcolm dalam adegan sejurus selepas kes pembunuhan John F. Kennedy.

Aku sendiri menontonnya merasa tidak kena atas pendekatan ini. Namun selepas Malcolm X pulang dari menunaikan haji, beliau mula sedar hakikat bahawa Islam sama sekali tidak eksklusif hanya untuk sesuatu bangsa. Namun untuk semua. Beliau kemudiannya mengisytiharkan diri keluar dari Nation of Islam atas perubahan pandangannya juga atas ketidaksetujuannya terhadap pemimpin pertubuhan itu sendiri iaitu Elijah Muhammad yang pada pandangannya, tidak melaksanakan apa yang didakwahkannya sendiri meski pada awal, dan dalam jangka masa yang lama, Malcolm sangat hormat padanya hinggakan tidak teragak-agak sekiranya berhadapan dengan situasi di mana dia perlu mengorbankan diri untuk menyelamatkan Elijah.

Di hujung filem, Malcolm X akhirnya ditembak mati dengan dahsyat sebaik sahaja beliau mahu memulakan ucapan di hadapan ratusan pendengar. Paling ironi, bilamana Malcolm berhempas-pulas sepanjang hidupnya untuk memperjuangkan nasib Black-American, namun, dibunuh oleh ahli pertubuhan The Nation of Islam itu sendiri.

[spoiler tamat]

Tema nilai eksklusiviti agama pada satu-satu bangsa, membawa aku merenung dengan keadaan di Malaysia sendiri.
Juga kata-kata Malcolm X bilamana cara fikirnya berubah, beliau mengatakan keperluan untuk bersatu tanpa mengira bangsa, namun satu bangsa itu sendiri haruslah bersatu terlebih dahulu sesama mereka. Juga mereka haruslah menghargai diri mereka sendiri. Dan dengan itu, langkah demi langkah, perpaduan yang benar-benar mahu dicapai, akan dapat direalisasikan.

Sesuatu yang menarik dalam sesi MovieTalk bulanan ini adalah pada aku, sesi diskusi sejurus tamat tayangan filem. Kekeliruan, sesuatu yang tidak jelas, dapat ditanya segera dan sesiapa yang mempunya pandangan boleh sahaja mengutarakannya. Kebanjiran filem pada hari ini, yang hampir nihil nilai, berfokuskan lawak, CGI(computer generated image) yang cantik, babak pergaduhan yang menarik perhatian, cinta yang (kelihatan) superfisial lelaki-perempuan, menonton filem-filem lama kadang mudah hilang fokus atau sukar untuk faham. Namun sesi diskusi sebegini sangat membantu.

Sepanjang menonton filem ini, aku tidak lah sekadar menonton hanya untuk tahu dan hiburan diri. Perbualan ringkas di alam maya bersama sahabat, Helma Hassan, asyik difikir-fikirkan sepanjang menonton. Menurut Helma, perkongsian dari Shaykh Yahya Rodus ada mengatakan bahawa catatan autobiografi Malcolm X ada yang tidak tepat dan sengaja diseleweng. Tidak pula Helma beritahu yang mana, cuma maklumat ringkas ini cukup membuatkan otak berfikir, mana satu agaknya plot/babak yang barangkali tidak kena.

Aku, sejak kecil, sangat suka filem animasi Disney, Pixar, Dreamworks. Sangat minat. Namun bilamana banyak mendengar talk dari Shaykh Hamza Yusuf, berkali-kali juga lemparan kritikan dilemparkan Shaykh, yang bersifat negatif ahu ditujukan kepada lambakan animasi terbitan Disney. Aku pada mulanya fikir; "Hek eleh. Kartun je kot. Amende negatifnya." Namun lama-lama, aku sendiri mula menonton filem dengan lebih kritikal. Dan hasilnya, aku sedikit demi sedikit cuba memahami keresahan yang mahu disampaikan oleh SHY tentang isi filem-filem Disney. Sekalipun aku benar-benar sangat suka, namun ruang suka itu masih punya ruang untuk menerima kritikan.

Aku ternanti-nanti juga, mana-mana individu yang boleh memberi kritikan ilmiah terhadap manganime.

Thursday, 22 January 2015

Rabbi zidni 'ilma


Baru-baru ini ada terbaca di satu blog yang popular mengaitkan teknik pemasaran dan strategi dakwah. Antara petikan artikel yang di copy paste:

"Nah, apa persamaan Milo, Pampers dan Megi?

Oleh kerana betapa hebatnya penjenamaan produk-produk ini, ia benar-benar melekat di dalam otak kita. Oleh kerana penangan produk-produk ini begitu mengesankan kita, amat sukar sekali untuk kita melupakannya. Oleh kerana sudah begitu lama produk-produk ini wujud di dalam kehidupan kita, ia seolah-olahnya sudah sebati dengan kita.

Sehingga semua produk air berperisa cokolat kita panggil Milo.

Sehingga semua lampin pakai buang kita panggil Pampers.

Sehingga semua jenis mi segera kita panggil Megi.

Samalah juga dengan produk-produk lain seperti Kolget, Kiwi (kasut), Nescafe, Taperwer dan burger Ramly. Produk-produk ini begitu mengesani kehidupan kita, rakyat Malaysia khususnya, sehinggakan semua produk yang serupa akan dipanggil dengan nama yang sama.

Hampir semua jenis ubat gigi dipanggil Kolget.

Hampir semua bekas makanan plastik dipanggil Tapewer.

Dan hampir semua jenis burger yang dijual tepi jalan akan dipanggil burger Ramly.

Memang lejen!

Di dalam bidang pemasaran, ini adalah suatu pencapaian yang cukup cemerlang dan membanggakan. Masakan tidak? Tidak perlu bersusah-payah dan berpeluh ketiak, produk-produk ini akan sentiasa mendapat pemasaran secara percuma sahaja apabila makcik-makcik sibok bersohseh-sohseh di pasar-pasar pagi atau pakcik-pakcik yang sibok bermain dam haji di kedai-kedai kopi. "

Saya hanya mahu highlight bahagian ini:
"Di dalam bidang pemasaran, ini adalah suatu pencapaian yang cukup cemerlang dan membanggakan."

Baru sahaja minggu lepas mempelajari topik strategi jenama, berkenaan kesan baik dan kesan buruk multi-branding strategy(Contoh syarikat Procter & Gamble, yang punya banyak jenama seperti Febreze, Olay, Pantene dll) Dalam gambar di bawah, di bahagian kanan adalah senarai kesan buruknya. 
 
 


Kesan buruk ketiga:
'Die Marke kann zum Gattungsbegriff entarten.'

Yang diterjemah mudah adalah risiko bilamana jenama satu-satu produk itu diguna pakai pengguna untuk semua jenis produk yang sama. Seperti contoh dalam petikan artikel di atas. Kesan buruknya adalah bilamana pembeli tidak lagi membeli produk yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar jenama itu, tetapi membeli produk dari syarikat lain kerana bagi mereka, semuanya sama sahaja. Fungsi jenama adalah untuk mendapatkan 'customer loyalty' dan mahu pembeli terus-menerus membeli produk yang ditawarkan tetapi kadang-kadang tanpa disangka pemilihan nama jenama boleh backfire syarikat pengeluar sendiri. Matlamat utama untuk mengekalkan hubungan dengan pembeli sukar untuk dicapai.

Sudah tentu menjadi jenama yang popular juga merupakan satu kesan baik namun kesan buruknya juga masih wujud.

Begitu juga dalam kembara hidup mengutip ilmu. Apabila satu ilmu disajikan kepada kita di peringkat awal, dan selepas diproses otak, hujahnya logik dan masuk akal, mudah sahaja untuk kita terima dan percaya. Sudah tentu tidak salah. Namun, semakin masa berlalu, semakin banyak ilmu diperoleh. Soalnya sekarang, bagaimana mahu mengendalikan ilmu baru bilamana ia seolah bertentangan dengan ilmu yang dipercayai setelah tempoh yang lama?

Ia soal perspektif. Berjumpa dengan yang baru, tidak membawa maksud menolak secara total kefahaman lama. Namun apabila ilmu yang baru, punya hujah yang jauh lebih konkrit yang menolak kesahihan ilmu lama yang ada, maka harus bagaimana?

Keputusan haruslah dibuat seadil mungkin, tanpa mencampur aduk sentimen peribadi atau emotional attachment yang ada.

Sesungguhnya perjalanan mencari ilmu itu, perjalanan yang panjang.
Dengan mengakui bahawa diri sendiri sangat jahil dan cetek ilmu, tidaklah sesuatu yang menjatuhkan martabat diri, bahkan ia sebenarnya membuka ruang untuk seseorang itu semakin merendah diri, semakin mahu mencari ilmu. Dan semestinya, menutup ruang dari timbulnya bibit-bibit sombong, ego dan megah diri atas ilmu yang ada.

Rabbi zidni 'ilma.

Semoga ilmu yang Kau kurniakan, membuatkan diri semakin dekat kepada Engkau, bukan menjauhkan.
 

Thursday, 1 January 2015

Bunga Api

Jam sudah menunjukkan pukul 12.20 pagi.

Tapi bunyi dentuman bunga api belum lagi berakhir. Bermula juga sekitar 11.45 malam tadi.
Rumahku yang jaraknya dari tengah bandar kira-kira 17 minit perjalanan menaiki tram ini, dari ruang jendela sahaja begitu banyak sekali bunga api memenuhi ruang angkasa. Bunyi dentuman sabung-menyabung. Saja kukira, ada sekitar 6, 7 punca dari mana bunga-bunga api itu datang.

[Google Image]


Di Jerman, ada dahulu senior pernah kata, undang-undangnya menetapkan menjelang tahun baru sahaja bunga api, mercun boleh digunakan secara sah di sisi undang-undang. Makanya, jelaslah sebabnya mengapa. (Namun semasa musim piala dunia, jelas sekali undang-undang ini dilanggar. Tidak tahu pula kot-kot ada pengecualian untuk tempoh itu. Atau pengecualian diberi seandainya Jerman menang)

Konsep scarcity. Hanya boleh main bunga api, sekali setahun. Jadi sekali setahun itu, patut dimanfaatkan sepuasnya.

Aku lihat tadi, jujur aku seronok melihatnya. Walau bau asap sedikit kurang enak dihidu, namun pemandangan cantik di depan mata, mahu sahaja ditatap sepuas-puasnya. Rasa seronok. Gembira. Wah, cantiknya. Detik hati. Siapa yang tak suka?

Tapi, kegembiraan itu bukankah hanya sementara?
Mengapa manusia hari ini suka sahaja mengejar sesuatu yang bersifat sementara? Sedangkan Tuhan, sudah menjanjikan kegembiraan yang abadi di alam 'sana'? Mengapa tidak menjalankan urusan hidup mengikut landasan yang ditetapkan Tuhan, untuk mencapai sesuatu yang pasti, dari mengejar sesuatu yang bersifat sementara?

Adakah dunia serasa sangat indah?
Atau kita tidak cukup percaya pada hari akhirat yang pasti?

Aku suka tulisan Hazman Baharom yang baru dicoretnya menjelang Tahun Baru ini. Tentang konsep masa. Lalu aku teringat tulisan Neil Postman yang memetik Lewis Mumford dalam bukunya. Bahawa, masa ini hanyalah satu ciptaan manusia yang membuatkan manusia terasa dunia yang bergerak sekelilingnya boleh dikawal. Masa yang punya 24 jam sehari, 365 setahun ini walau sudah dikira sesempurna mungkin yang manusia mampu, masih juga tidak sempurna. Tahun lompat dan daylight-time saving adalah dua contoh yang menunjukkan bagaimana manusia mengubahsuai pula sedikit sistem 24 jam yang ada untuk disesuaikan dengan kejadian alam. Yang masih diluar kawalan manusia. Yang semestinya tidak akan mampu dikawal secara 100% oleh manusia. Tidak akan. Kerana manusia bukan Pencipta.

Tadi aku cuba-cuba juga merakam bunga api dari tingkap. Sekadar suka-suka. Lalu aku berhenti, menekan butang 'play' dan melihat. Jauh sungguh kualitinya. Ah, kamera lama. Kalau kamera baru mesti lawa. FIkir aku.

Putus asa merakam, Lalu aku lihat sahaja dengan kedua mata.
Dan terus sahaja terfikir; "Ya Allah. Cantiknya pemandangan dari mata sendiri."
Mata ciptaan Tuhan, yang jauh lebih menakjubkan dari segala HD yang ada.

Semakin lama masa berlalu, makin banyak teknologi dicipta manusia.
Makin lama, manusia makin maju. Majunya dia, kadang terasa seperti Tuhan yang 'in-control' terhadap segalanya.

Dia sangka dialah makhluk yang paling bijak.
Tapi bijaknya dia, tidak sampai memikirkan kesan. Lalu kesan buruk yang berlaku, hasil tangannya sendiri, menampakkan jelas bodohnya dia.

Manusia yang semakin hilang sisi manusiawinya. Akibat mengejar ketamakan dan hawa nafsu diri. Ciptaan-ciptaan yang memisahkan dirinya dari alam. Lalu, alam jugalah yang datang menyampaikan mesej, bahawa bijaknya dia hanyalah ilusi. Cuaca yang tidak menentu, bencana alam yang berlaku tanpa diduga, tidak lain tidak bukan mesej dari alam. Manusia, cukup-cukuplah berbuat kerosakan di bumi. Apa kau tidak nampak lagi? Apa kau buta tidak lagi nampak mana kesalahan kau?

Mesej dari alam yang semestinya datang dari penciptanya, Tuhan.
Tuhan, yang juga pencipta manusia.

Jam menunjukkan 12.50 pagi.
Bunyi dentuman bunga api masih kedengaran tapi sudah sayup-sayup.

Terima kasih Tuhan yang mengizinkan aku untuk mengingatiNya.
Hanya pada memerhati bunga api.

Carilah hikmah dari segala yang dilihat. Mencari-cari sisi untuk ingat Tuhan. Ingat Tuhan. Berzikir.
Kerana, mencari hikmah, umpamanya mencari ketenangan.

"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang."

Bukankah dalam Quran, Tuhan sudah bilang?