Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta seluruh alam.
Sudah hampir 3 tahun blog dibiarkan sepi. Post pula baru hanya dua. Melihatkan gaya bahasa pada post yang lepas, diri ini jadi malu sendiri. Sungguh keanak-anakan susunan bahasanya. Namun, sekurang-kurangnya, menjadi benchmark pada diri, setakat mana kematangan berfikir berkembang. Moga-moga, diri ini semakin matang insyaAllah.
Mungkin, mula pada saat ini, ada baiknya untuk mula istiqamah menulis di blog. Agar lebih ramai mendapat manfaat. Disamping menjauhkan diri dari sifat-sifat narsis yang mula berputik dalam sedar atau tidak melalui penulisan di facebook.
Moga-moga, para pembaca dapat mengambil manfaat. Mengumpul saham pahala yang sedikit cuma, buat bekalan di alam sana. InsyaAllah mudah-mudahan.
Buat permulaan, akan saya postkan post-post lama di laman Facebook. Moga bermanfaat insyaAllah.

No comments:
Post a Comment