[Post di Fb bertarikh 30 Jun 2013]
"Aku respek betullah dengan Naruto. Kau tengoklah dia. Masa kecik2,
hidup dihina, dicaci. Satu kampung benci dia. Iruka Sensei je yang
concern dengan dia. Tapi dia kuat semangat. Rajin belajar jutsu walaupun
tak segenius Sasuke. Berbekalkan ketabahan, dia dapat kalahkan Gaara,
lepas tu dapat kuasai Rasengan pulak. Hebat betul dia. Dia idola aku!"
"Kurosaki Ichigo. Nampak sahaja
seperti delinquent. Tapi, hakikatnya, sangat mempunyai ciri-ciri hero
sebenar. Terpaksa tiba-tiba menjadi shinigami bidan terjun untuk
menyelamatkan orang awam daripada menjadi mangsa Hollow. Skil bertarung
tak ingat punya pergh. Ichigo dan Zangetsunya. Dah la dapat master
Bankai dalam masa 3 hari je. Dasyat!"
"Ezio Auditore da Firenze
pun apa kurang hebatnya. Dia lawan Templars atas dasar nak tuntut bela
atas kematian ahli keluarga dia. Lawan dah la guna Hidden Blades. Tak
ingat dunia punya style. Italian accent dia pulak punyalah stylo gila."
Dan bila diceritakan tentang sirah Nabi-nabi, kisah sahabat-sahabat,
kronologi peperangan Islam, kau keliru sendiri. Lambat otak nak
menangkap. Sukar untuk mengingat nama tokoh-tokoh Islam. Apatah lagi
mengingat tarikh-tarikh penting dalam sejarah Islam. Kegagahan tentera
Islam berperang pada satu ketika dahulu, telah dikaburi dengan cantiknya
CGI(Computer Generated Image) anime aksi bergenre Shounen yang engkau
tonton hari ini. Kau susah nak ingat peristiwa-peristiwa penting dalam
sejarah Islam, sedang kau mampu lancar sahaja menceritakan kembali
setiap satu arc yang telah Luffy dan rakan-rakannya tempuhi dalam
kembara mereka menuju Grand Line untuk mendapatkan One Piece. Kau selalu
tercampur-aduk sikap, personaliti dan ciri-ciri istimewa para sahabat
Nabi, sedang watak-watak sampingan di dalam komik pun, kau mampu beri
full description.
Ya, mungkin ada yang akan defend begini;
"Baca komik, anime, layan game banyak kot benefit dia. Boleh belajar
nilai persahabatan, nilai perjuangan. Dapat belajar gak psikologi
manusia sikit-sikit. Dan videogame pulak, siap dah terbukti secara
saintifik dapat enhance spatial ability and increase hand-eye
coordination. Kau ni, paranoid sangat.."
Ya, dan saya sendiri selalu
sahaja gunakan hujah yang sama tidak lama dahulu. Kerana, manusia
secara lumrahnya, akan defend apa yang dia suka. Apatah lagi sesuatu
yang saangat disukai sejak sekian lama. Sejak zaman kanak-kanak lagi.
Ada nilai sentimental.
Namun, berapa percent sangat
benefitnya? Baca komik berjam-jam. Anime lagi. Videogames lebih bahaya.
Untuk completekan satu story mungkin sahaja menelan masa berpuluh jam.
Adakah berbaloi nilai benefit yang sekelumit cuma andai mahu dibanding
dengan jumlah masa yang diperuntukkan? Dan lebih buruk lagi, bila mana
cerita-cerita rekaan manusia yang lebih kita agung-agungkan lebih
daripada sejarah sebenar peradaban manusia. Seolah-olah merealitikan
fantasi dan menafikan realiti.
Nilai usia 21. Dari 2 pandangan berbeza.
"Baru 21. Lek ah. Malam masih muda. Lek sap kok lu."
"Allah. Dah 21. Sekejap je dah sampai usia ni. Macam mana ni? Main
kemain banyak, ilmu dah la banyak lagi tak tau. Masa dah tak banyak.."
Saya, anda, kita; yang mana satu menjadi pegangan?
Maybe it is time. Time to let go. Something or things that we really
love and hold dearly in our hearts. To stop completely, maybe it is near
impossible. But, bit by bit, step by step, one by one, it is possible.
If you believe you can, you can. Believe in yourself.
Dan ya, post ini ditujukan kepada para otaku seperti saya sendiri.
Kalau takat layan gitu-gitu je, tak ada efek sangat. Benda ni yang
parahnya bila dah suka sangat. Bila dah terlalu cinta.
No comments:
Post a Comment