Friday, 3 January 2014

Perihal Membaca.

 [Post Fb bertarikh 15 Disember 2013]

"If you only read the books that everyone else is reading, you can only think what everyone is thinking." - Haruki Murakami -

Sudah lama saya memikirkan. Mungkin ada dalam setahun. Sejak pertama kali terbaca quote ini. Apa agaknya mesej yang cuba disampaikan oleh Haruki Murakami dalam quotenya yang ringkas ini. Tetapi mendalam maksudnya. Yang tersirat.

Adakah untuk berfikir berbeza dari orang lain, kita kena membaca buku2 rare yang jarang2 sekali dibaca? Atau kita membaca buku2 yang semua orang biasanya baca, dan juga buku2 rare? Tapi, untuk memperuntukkan masa membaca kedua-dua bahan bacaan, sangat mengambil masa. Ditambah pula, masa juga perlu diperuntukkan untuk menelaah bahan bacaan bidang sendiri yang perlu dikuasai.

Terpanggil untuk menulis tulisan ini ketika sedang mendengar rakaman video talk bertajuk "Pempribumian Ilmu Mengimbangi Eropusatan Ilmu" oleh Dr. Alinor Mohammad Kadir

Dalam satu poin oleh Dr., katanya, untuk melahirkan al-Farabi dalam alam Melayu sekarang ini, sangat payah. Ilmu makin mendetail. Takkan boleh cover semua. 1 bidang sahaja, bahan bacaannya ratusan, ribuan. Untuk jadi expert, kena telaah. Beliau memetik kata2 Ibnu Sina bahawa, "Saya telah telaah semua buku di Baghdad. Ketika berumur 17 tahun." Sekarang, tak boleh buat. Buku di satu tempat, yang ada 2 juta, kelajuan membaca 100 muka surat sehari pun tak boleh habis. At least 30 tahun. Tak boleh. Jadi, kena bekerja dalam group, telaah, bertukar-tukar pandangan, accumulate, dan bahaskan.

Itu adalah poin dari Dr yang membuatkan saya terfikir. Dalam banyak keadaan, apabila kita cenderung kepada satu2 bahan bacaan, kita akan mengesyorkan bahan bacaan yang kita baca itu kepada rakan lain, kononnya nak beritahu mereka, kau tak faham pasal ni(isu yang sedang dibincangkan), sebab kau tak baca buku yang aku baca tu. Sebab tu la kau salah. Fikrah kau jadi macam ni.

Di sini, tidaklah saya mengatakan untuk rekomen buku yang dirasakan bagus untuk dibaca itu salah, cumanya, saya berasa khuatir sekiranya, rata2 mahasiswa hanya membaca buku2 yang sama. Sudahlah mahasiswa di Malaysia sedikit jumlahnya yang konsisten membaca(bahan bacaan non fiksyen). Bukankah satu kerugian andai bahan bacaan mereka semuanya sama?

Ini dapat diperhatikan dengan jelas terutamanya dalam gerakan Islam dari kalangan mahasiswa yang bersifat haraki. Judul2 buku, yang disuruh baca dan telaah, bertahun2, buku2 yang sama. Dan dari buku2 itulah isinya diulang2 dan disuruh baca buat ahli2 yang baru. Dan sekiranya ada yang membaca buku yang agak 'lain', maka dikatakan pula akan mempengaruhi fikrah. Mengapa jadi begini? Zaman berkembang maju, buku2 semakin banyak, ilmu bertebaran di merata-rata. Jadi mengapa kitaran ini harus terus diulang?

Bukankah lebih bagus andai semua digalakkan membaca pelbagai buku dari pelbagai bidang ilmu, tidak kiralah sama ada dari ilmuan Islam atau sarjana Barat. Kemudian berkumpul, dalam usrah atau bulatan diskusi. Berbincang, bertukar pandangan, berbahas. Bukankah lebih produktif begini?

Mohon dipertimbangkan. Kerana masa tidak banyak. Umur kita pendek. Dan ilmu itu pula, terlalu luas.
Terlalu luas. [18:109]

ps: buku2 bersifat primary, seperti al-Quran, tafsir, dan karya2 agung sesuatu bidang ilmu sudah tentulah merupakan buku wajib baca dan telaah serta sebagai bahan rujukan utama tanpa kompromi.

No comments:

Post a Comment