Friday, 3 January 2014

Di Sebalik Statistik Dan Data.

[Post di Fb bertarikh 18 Disember 2013]

Rasa terpanggil untuk menulis tulisan kali ini apabila membaca tajuk buku oleh Anas Alam Faizli, yang bertajuk Rich Malaysia Poor Malaysians. Belum berkesempatan untuk membaca bukunya, tapi tajuknya sahaja sudah mampu membuatkan diri ini tergerak untuk mengemukakan beberapa buah pandang.

Sebagai seorang pelajar, yang masih punya sedikit tanggungjawab dalam hidup, saya selalu merasakan, apalah sangat bebannya andai harga barang@tol@etc naik 10 sen, 20 sen. Berapa puluh sen lah sangat. Tak ada beza mana pun. Pemikiran saya, yang cukup simplistik, yang dipegang agak lama juga. Tapi lain ceritanya kepada ibu bapa saya sendiri serta orang awam yang berkeluarga yang punya tanggungjawab menyara keluarga. Terasa beban, walau harga barang yang naik tidaklah sedrastik mana. Namun, dalam jangka masa panjang, sakitnya terasa.

Sebabnya mengapa? Mudah. Gaji tak naik2, tapi kos hidup sentiasa meningkat. Rakyat golongan pertengahan dan miskin terutamanya, menanggung susah dan resah.

Yang hairannya, satu ketika dulu, tahun lepas kalau saya tidak salah ingat, ketika kerajaan membentangkan berkenaanProgram Tranformasi Negara(GTP), terpampang di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia, menyatakan jumlah pendapatan perkapita rakyat Malaysia. Semestinya saya tidak ingat exact jumlahnya, tetapi seingat saya, perasaan saya pada ketika itu agak terkejut kerana nilainya saya kirakan bagi negara kita, agak tinggi. Walaupun akhbar ini terkenal dengan berita-berita yang selalunya boleh disangkal kesahihannya, namun ini adalah bukti kajian data dan statistik. Dan statistik semestinya tidak boleh ditipu sewenangnya. Yang membuatkan saya tertanya-tanya, andai sebegini tinggi pendapatan perkapita negara, mengapa isu gaji tidak naik2 masih ada, dan tidak pernah selesai?

Sebagai seorang pelajar jurusan kejuruteraan, yang biasa melakukan pengiraan matematik, senang untuk saya menghadam dan mempercayai laporan data dalam bentuk statistik dengan angka-angka. Dan saya juga percaya, statistik sama sekali tidak boleh menipu.

Tetapi statistik bukanlah jawapan absolute kepada segala-galanya. Kerana PROSES PENGIRAAN di sebalik paparan statistik itulah yang sebenarnya akan membuktikan sejauh mana kebenarannya.

Contoh mudah, berdasarkan pembacaan saya, dalam buku The Art of Thinking Clearly oleh Rolf Dobelli, andaikan dalam sebuah bas di US, ada 50 orang penumpang. Dan setelah dikira, purata pendapatan tahunan setiap seorang penumpang bas itu, katakanlah 60 ribu USD seorang. Dan sekaranga, apa akan terjadi sekiranya Bill Gates datang, sebagai penumpang ke-51 bas itu. Berapa purata baru? Secara common sense dan simple logic, semua orang akan segera dapat mengira purata yang tadinya 60 ribu boleh mendadak naik berkali-kali ganda. Hanya seorang Bill Gates, tapi efeknya pada semua.

Apa kaitannya dengan Malaysia?
Mudah. Negara kita kaya. Namun yang memegang sebahagian besar peratus kekayaan negara hanyalah sebilangan kecil orang. Sangat-sangat sedikit. Maka jadilah ia seperti kisah Bill Gates tadi. Dan menjawab persoalan yang saya sendiri tertanya2 sejak sekian lama berkenaan jumlah pendapatan perkapita negara tadi itu.

Monopoli.
Yang kaya makin kaya. Yang miskin makin miskin.
Dan rakyat, dikaburi dengan statistik dan data yang kelihatannya indah dan manis di mata.

Moral: Hati-hati apabila membaca statistik dan data. Bukan semua boleh diterima dan dipercayai bulat-bulat tanpa berfikir secara kritikal terlebih dahulu. Stop for a moment. Think, and be critical. And sometimes, being skeptical is necessary too.

No comments:

Post a Comment