[Post di Fb bertarikh 19 Ogos 2013]
Jumaat
lepas, alhamdulillah berkesempatan untuk menghadiri Sembang Kopi Anak
Muda yang julung2 kali diadakan di Ipoh yang membincangkan tajuk
"Pendidikan Awam: Pendoktrinan atau Daya Fikir?".
Ini adalah program pertama anjuran Universiti Terbuka Anak Muda
(UTAM) yang saya hadiri. Selama ni cuma tengok sikit2 ja kuliah depa
kat Youtube dan baca sikit2 penulisan kru mereka di laman fb UTAM.
Pengalaman
hadir ke diskusi ini merupakan sesuatu yang sangat baru pada saya
sendiri. Mendengar secara live depan mata dari pembentang, Muhammad al-Mahdi Abdullah
sendiri adalah jauh berbeza dari mendengar rakaman. Kurang distraction,
jadi senang nak fokus. Dan oleh sebab tidak ramai yang hadir (yang
faktor utama nya pada pandangan peribadi adalah sebab venue tempat
adalah McD. faktor lain tak pikir la pulak.), maka setiap yang hadir tak
dapat lari dari mengutarakan pandangan masing2.
Dalam
perbincangan pada malam tu yang mengambil masa kurang lebih 2 jam, kami
bermula dengan pembentang menerangkan definisi tajuk dan kemudiannya
disusuli dgn beberapa poin kelemahan yang ada pada sistem pendidikan
secara umum. Kemudian ada sesi soal jawab dan round table bagi sesiapa
yang punya solusi bagi memperbaik sistem pendidikan awam Malaysia. Saya
tidak ingin menjelaskan secara panjang apa yang kami bincangkan, cuma di
sini saya ingin menulis pandangan saya sebagai orang awam yang pertama
kali menghadiri diskusi intelektual jalanan seperti ini.
Sepanjang diskusi berlangsung, antara perkara menarik yang saya dapat
perhatikan adalah setiap orang yang hadir punyai idea yang berbeza-beza
yang sy yakin dibentuk dari bahan bacaan dan juga sejarah hidup masing2.
Setiap orang bebas untuk mengutarakan pandangan atau membidas mana2
pandangan orang lain yang dirasakan tidak tepat dengan hujah2 konkrit.
Yang saya kagum ialah, walaupun ada perbezaan pendapat, sedikit
argument, namun diskusi masih dapat berjalan lancar tanpa ada sentimen
atau terlalu emosi.
Dan satu perkara lagi yang saya dapat
perhatikan; sangat berbeza sekali pandangan orang yang banyak membaca
dan berteori dengan orang yang punya pengalaman turun sendiri ke
lapangan masyarakat dan merasai sendiri realiti sistem yang ada pada
hari ini. Idealistik vs realistik. Atau mungkin juga optimistik vs
pesimistik. Mungkin.
Dan ini membuatkan saya teringat pada Intec. Bumi tarbiyyah itu.
Pernah suatu masa saya keliru sendiri. Tak faham kenapa topik 'Adab
Berbeza Pendapat' selalu diulang-ulang. Selalu fikir macam ni, "Laa,
tajuk ni lagi? Takde tajuk lain ke yang kritikal sikit? Asyik2 tajuk
sama. Dah tahula. Boring la camni dengar benda sama je." Hanya keluhan
dalam hati sahaja. Mana berani nak suarakan pendapat masa tu.
Dan sekarang, selepas 8 bulan meninggalkan Intec, baru faham kenapa.
Dulu, kau cuma lepak dengan geng sefikrah kau. Semua idea lebih kurang
sama, kecenderungan sama, sudut pandangan sama. Memang kau tak nampak
mana tah role adab berbeza pendapat ni. Tapi lepas jumpa dengan bermacam
jenis orang yang punya pelbagai jenis fikrah, baru faham
kepentingannya. Baru betul-betul faham.
Tak semua orang
berfikir macam kau. Tak semua orang dapat pendekatan macam kau. Nak
berjuang, ada banyak jalan. Ada banyak pintu masuknya. Ada yang dapat
dari kesedaran sendiri hasil bacaan, ada yang dapat setelah merasai
manisnya ukhwah, ada yang dapat melalui kesedaran politik. Setiap
manusia berbeza. Maka apa hak engkau untuk menuduh tanpa bukti dan
fakta yang valid yang kau sahaja yang betul dan mereka yang lain dari
kau salah?
Berhujah, biar dengan fakta.
Mengkritik, biar adil.
Ego, campak jauh2 apabila berbicara dengan mereka yang berbeza fikrah.
Andai benar mahu mencari solusi dan menegakkan kebenaran, biarlah rasional dan berfakta.
Andai benar berjuang, dahulukanlah lapang dada dari sangka buruk.
It's okay to agree to disagree.
Tapi biar berhemah. Jangan sampai tergadai ukhuwwah.
ps: Sepanjang diskusi berlangsung, ada masalah inferiority complex
sikit bila dengar orang-orang yang punya lebih banyak ilmu dan
pengalaman bercakap. Jadi, lebih banyak diam dan mendengar. Moga jadi
motivasi untuk tambah ilmu dan perbaiki diri, bukan mendownkan diri.
InsyaAllah

No comments:
Post a Comment